Tamadun dan seni bina jika dibandingkan dari segi aspek fizikal dan kehidupan masyarakat adalah saling berkait rapat antara satu sama lain. Pada awalnya, bidang ini hanya bertujuan untuk pembinaan tempat berteduh dan keselamatan sebelum berkembang menjadi satu ikon atau imej kepada sebuah tamadun dan negara. Pada peringkat awal sejarah, konsep seni bina Yunani dan Rom begitu menekankan bentuk tubuh badan manusia sebagai garis ukur elemen-elemen selain reka bentuk seni bina klasikal.
Berbeza pula dengan tamadun seperti Mesopotamia dan Mesir. Seni bina mereka berkait rapat dengan pembinaan tugu Ketuhanan. Jika dikaji, tamadun Mesir tidak dapat lari daripada menekankan kekuasaan seseorang raja selain berkait rapat dengan konsep ketuhanan yang dipengaruhi manusia. Bagi seni lukis yang dihasilkan pada zaman Mesir Purba mempunyai warna yang terang. Kebiasaannya seni lukis pada zaman Mesir menggambarkan kehidupan seharian masyarakat Mesir Purba. Lukisan-lukisan ini dapat dilihat pada dinding piramid.
Bukan itu sahaja, arca seni Mesir kebiasaannya dihasilkan menggunakan tembaga, batu marmar, emas, dan batu kapur. Arca-arca ini merupakan potret raja-raja Mesir. Contohnya, Arca Raja Khafe, Piramid Giza yang dihasilkan pada 2520-2494 SM yang diukir daripada batu diorite dengan ketinggian 5 kaki 6 binci. Salah satu contoh arca seni yang dijumpai;

Menkaure dan Khamerernebty - Giza.
Bagi seni catan Mesir pula, elemen yang digunakan adalah lemak, tempera dan skrol papyrus. Objek dan subjek di dalam catan adalah binatang, tumbuh-tumbuhan dan gambaran landskap.. Teknik dan gaya yang konsisten bagi catan Mesir Kuno. Ianya dapat menyampaikan mesej dengan jelas tanpa mengambil kira gambaran yang realsitik. Salah satu contoh gambaran yang dapat dipaparkan ialah;
Nobleman Hunting, Piramid Giza.
2. Kesenian seni Cina
Salah satu karya munemental kaisar Qin ialah makam agungnya sendiri. Kaisar Qin Shi Huang menjadikan makanmnya seperti sebuah istana dengan penjagaan ribuan patung prajuritnya.
Sejarah seni China bermula pada zaman purba lagi ketika Dinasti Xia, Shang dan Zhou. Masyarakat China terdapat banyak dinasti. Oleh itu, seni bina kerajaan China dapat dibuktikan dnegan akm Kaisar Tiongkok, Qin Shi Huang yang telah disebut sebagai salah satu penemuan arkeologi yang besar pada abad ke-20. Qin Shi Huang adalah kaisar pertama yang Dinasti Qin yang pada ketika itu memimpin Tiongkok pada 221SM-2210SM.
3. Kesenian seni Rom
Salah satu lukisan Pompeian.
Seni Romawi secara tradisionalnya telah dibahagikan kepada dua tempoh iaitu Seni Republik dan Seni Empayar Rom dari 27SM. Seni Romawi bukan sahaja seni kaisar, senator dan bangsawan, tetapi semua orang yang berada di empayar Rom merupakan seni Romawi termasuklah askar, perniangaan kelas atasan dan lain-lain. Seni lukisan Rom kuno banyak bergantung pada pemeliharaan artifak terutamanya lukisan mural Pompei, yang dipelihara selepas letusan Vesuvius pada 79AD.
Lukisan Rom menyediakan pelbagai tema seperti tema haiwan, potret, agenda dari kehidupan seharian, lukisan masih hidup dan beberapa meta pelajaran mitologi. Perkara ini menunjukkan kesenangan pada zaman Helenistik di luar bandar dan mewakili pemandangan gembala, kuil desa, kawanan, rumah negara dan landskap pergunungan yang terdapat di luar bandar.
4. Kesenian seni Hellenistik
Pada akhir tahun 400SM, negara kota di Yunani hancur akibat perang besar yang memusnahkan hampir keseluruhan. Selepas kejadian perang tersebut, pembuat patung menampilkan lebih banyak emosi pada patung yang dihasilkan. Pada tamadun Yunani, masyarakat pada tamadun tersebut menekankan aspek-aspek reka bentuk sivil seperti teater dan bangunan pusat pemerintahan. Bukan itu sahaja, mereka juga diberi penekanan dalam perhubungan antara manusia penting dalam mencorak alam persekitaran. Hellenistik berlangsung setelah penaklukan Aleksander Agung. Patung yang dihasilkan lebih banyak emosi seperti sedih. Pembuat patung juga lebih tertarik membuat patung perempuan yang lebih ke arah tanpa berpakaian.
5. Kesenian seni Byzantin
Kebanyakkan seni yang diilhamkan bangsa Byzantium berkaitan dengan agama, kata-kata yang lebih tertumpu dan khusus. Hagia Sophia yang terletak di Istanbul telah mempengaruhi gaya seni bina Islam. Hagia Sophia pada sebelum ini merupakan sebuah gereja dah telah ditukarkan kepada masjid telah dibina dan dimasukkan usur seni bina Byzantin .Hagia Sophia telah dijadikan model untuk beberapa masjid yang terdapat di Turki seperti masjid Suleiman.

Patung Hermes dan bayi, Dyonisos karya Praxiteles.